Saturday, June 12, 2010

Perhentian Jun 2010



Minggu lepas kami cuti2 Malaysia ..
Semuanya telah dirancang pada bagi aku di saat akhir juga .. Mula2 dulu nak ke Perhentian bulan Mac tapi asyik plan last minute, semua chalet fully booked .. In the end, kena postponed ..

Masa mencari tempat penginapan, susah betul ..

Masa di Langkawi dulu stay kat hotel. Kali kedua ke Langkawi stay di Mutiara Beach Resort, chaletnya di panggil cabana .. memang kelas gitu .. Pantainya pun cantik sangat ..
Masa ke Tioman pula, stay di Berjaya Beach Resort, ala2 chalet juga tp masih ada TV, peti sejuk, water heater, swimming pool ..
Masa ke Redang pun sama, stay di Berjaya Beach Resort juga ..
Pangkor pun sama, stay di Pangkor Island Beach Resort ..
Kesimpulannya, tiap kali ke pulau, memang kami akan cari hotel atau resort yang ada semua ni .. Tak biasa la bercuti tanpa TV, air-cond, fridge, water heater ni ..

So, bila dan decide nak ke Perhentian tu, aku pun mula la surf internet mencari chalet .. merata2 .. Kali ni kena betul2 bajet sebab kami berlapan termasuk kakakku dan bibik .. Dah lah bulan Mac hari tu baru saja bercuti di Bukit Gambang Water Park ..

Akhirnya, aku berjaya mendapat bilik di Cocohut .. Tapi bilik tanpa TV katanya .. Yang ada TV semua dah fully-booked .. Ok la, boleh lah reserve dulu ..

Sementara tu aku sibuk juga berforum .. Saja nak tahu pengalaman orang yang dah pernah ke sana .. I've been there but it was some 20 years ago .. Mesti tak sama dah kan ..

Layan punya layan, terjumpa la eija, dia yang rekomen KB Backpackers ni .. Senang juga pakai agen ni .. Dia orang arranged everything .. Cakap ajer nak chalet yang macamana, berapa orang .. dia carikan la .. Siap bagi advise lagi tu ..

Ok la jugak kan .. senang. Tak payah fikir nak naik bot kat mana, berapa, nak duduk mana ..


Inilah chaletnya .. Tapi next time kami datang maybe dah lagi cantik kalau ikut kata pakcik ownernya

But as I said, that was the first time we chose to stay in a chalet .. betul2 punya chalet, yang back to nature .. no TV, no aircond, no fridge rupanya, no electric kettle, no toiletteris and no water heater!!

Pagi masa nak ke pulau tu, staff KB Backpackers tu memang very helpful. Azie sendiri siap calling2 tanya itu ini .. Bagusnya servis ..

Masa kat forum hari tu ada juga yang kata agen aku tu tak boleh diharap, bagi chalet yang tak ada beach .. Tapi masa tu aku pun dah bayar deposit, takkan nak kansel pulak .. Last2 lepas bos KB Backpackers convinced pantai ada, aku kata ok la, pergi saja la ..


Siapa kata Mama's Chalet tiada pantai? Cuma .. tak cantek la ...

Ni pun pantai depan Mama's Chalet .. Cantik air nya .. kalau menyusur hingga ke sebelah kiri, ada kawasan yang sesuai untuk mandi manda dan kalau ke sebelah kanan, akan terjumpa pantai tercantik kat sini, pantai Perhentian Island Resort .. tapi aku tak pegi pun sebabnya, aku dah puas berendam dalam air bersnorkerling sampai kecut2 jari ..



Ni pun depan Mama's Chalet .. dok bersantai menunggu bot nak gi snorkelling

So actually, masa nak ke sana tu I didn't expect too much .. Just go and have fun ..

Tiba di Mama's Chalet, memang beach dia penuh dengan coral mati .. My heart sank .. Kami terus checked in .. I didn't expect much, so tak de la terperanjat tengok biliknya, cuma my husband yang terperanjat he he .. Ala, dulu2 masa first time aku ke perhentian 20 tahun yang lampau, chalet dia was even worse .. nak mandi pun kena pergi kat satu tempat kat luar chalet .. mandi ramai2 kat sana .. tak ingat macam mana aku gi toilet malam2 masa tu :)

Tapi the good thing about this mama's chalet, staffnya semua very friendly .. and very helpful .. Next time mungkin kami akan ke sini juga nanti ..

Lepas berkemas ala kadar, apalagi nak buat, TV tiada, jadi kami terus ke laut la .. Tempat pertama adalah Turtle's Point .. banyak betul speed boat menunggu penyu .. Adalah nampak sekor dua penyu ..

Lepas tu ke Shark's Point .. tak la dekat sangat memandangkan anak2 ada bersama .. Aku cuba turun juga selepas dicabar oleh luqman ..

Memang kami dah banyak ke pulau, tapi tiap kali keluar untuk snorkeling, aku tak pernah turun pun he he .. tak percaya la pada life jacket tu .. takut terbalik ajer .. Rugi kan?

So, this time lepas kena cabar, aku cuba la turun tapi masih berpaut pada tangga bot he he ..

Takut juga kot2 tiba2 ada jerung gigit kaki ..

Cantiknya air laut kat sini ...

Next we went to Turtle's Beach, cantiknya .. kali ni bot berlabuh, so semua orang turun ke pantai ..

Aku cuba2 la snorkel .. sikit2 lama2 berani betul .. Syoknya first time tengok ikan berenang dekat2 .. Ikan bawal putih yang aku selalu beli kat pasar tu pun ada ..

The next day, I just couldn't wait to snorkel again ..
This time we went to Pulau Susu and Pulau Rawa .. It was a wonderful sight .. I even met with nemo ..
And my 3 children pun sama2 snorkel .. Memang cantik .. Coralnya besar2 dan berwarna-warni ..

Ini buktinya .. tu tengah laut tu babe .. rupanya kat situ ada jerung pasir .. kalau ku tahu memang tak turun masa tu ..

Patut la orang boleh ketagih snorkerling ni ya .. Memang cantik kat dasar laut tu ..


Gambar ni diambil dari atas bot menggunakan kamera biasa .. Still nampak clear kan?

Bagi aku Perhentian ni memang cantik .. Dan kali ni betul2 holiday .. asyik tengok laut saja ..

Tengok la gambar2 ni ya ..

Next time pergi kena bawa DSLR pulak .. mesti nampak lagi cantik ..


Isn't this beautiful?