Sunday, September 19, 2010

Hobi Baru ...

Sebelum puasa dulu, kak has dan kawan-kawan ofis ingat nak beraerobik lepas puasa ni ..
tapi nampak gaya macam tak menjadi saja .. hangat-hangat taik ayam ajer ..

Tapi teringat pulak, dulu ada plan untuk belajar berenang juga .. dah pun contact mas dari aquadolf 2 3 bulan lepas .. Ye la, salah satu plan untuk tahun depan adalah diving di Pulau Bidong .. So sebelum nak belajar diving ni, ada eloknya belajar berenang kan .. Teringat masa snorkerling kat Perhentian masa holiday baru ni .. terfikir juga, kotnya masa tengah snorkerling tengah laut tu, kot-kot tiba-tiba datang shark ke, laju mana ajer nak lari kan .. ish, tu yang kak has fikir, baik kak has belajar berenang juga ..

Hmm .. tapi tu la kan, mana nak cari masa untuk swimming class ni .. dah lah 2 kali seminggu .. Dah tentu kena attend night class tu ..
Tak apa, tengok apa jadual dari Mas nanti ..

Untuk permulaan, kak has akan ambil 8 classes dulu .. Tengok takat mana kebolehan kak has nanti kan .. Floating tu dah pandai dah, cuma nak tahan nafas tu dan nak mengayuh dalam air tu yang kak has tak pandai sangat ..

Minta-minta hobi baru ni menjadi la, dan harap-harap boleh kempiskan sikit perut ni he he ..

Open House Raya 2010

Semalam kak has telah ke open house kakak ipar di Kajang ..
Salah seorang yang telah hadir adalah sepupu kepada suami kak long yang juga rakan sepejabat kak has. Dia bukan lah kawan sekerja kak has pun, tapi dia selalu datang ke tempat jiran sebelah kak has .. Ye lah, kami ni bekerja di bahagian IT, semestinya ramai user yang minta report lah, data extraction lah, soalan itu lah, soalan ini lah ..
Suatu hari, suami kak has telah datang ke ofis kak has, dan kebetulan pula kami bertembung semasa hendak ke surau .. jadi kak has pun perkenalkan lah suami kak has dengan si dia ni ..

Nak dijadikan cerita, semalam kami bertembung pula di rumah kak long ..
Takkan kak has nak buat tak kenal pula kan .. Kak has dan suami pun tegur saja lah dia ..

Yang kak has terkilannya, kak has ada datang menegur si isterinya, at least kak has berbudi bahasa juga, tanya apa namanya .. tapi si isteri sedikitpun tak berminat untuk bertanyakan nama kak has .. si suami pun setahu kak has tak tahu pun nama kak has ..
Dalam hati kak has, terdetik juga, dari gerak gerinya dan cara percakapannya yang seolah-olah menjerit-jerit padahal kak has berdiri di sebelahnya saja, mungkin dia cemburu kot ..

Salahkah kalau kak has dan suami tunjukkan pada dia yang kami mengenali suaminya? Hairan juga .. Tak mungkin dia terfikir kak has berkawan dengan suaminya kot?

Itu lah kan .. kak has cuma nak tekankan di sini ..
Kalau ada wanita lain yang lebih bergaya dari anda .. ok, kalau anda sedikit pun tidak prihatin tentang ketrampilan anda, dengan pakaian yang tak begitu terurus (maaf ya, tak semestinya berpakaian mahal untuk tampak bergaya) dan dengan wajah yang langsung tiada secalit mekap pun (mekap pada kak has sekurang-kurangnya bedak dan lipstik) .. patutkah anda salahkan orang itu?

Pada kak has, menjaga kecantikan itu memang perlu, untuk keyakinan diri .. bukan semata-mata untuk ditayangkan pada orang lain ..

Tapi dengan peristiwa semalam, kak has betul-betul terkilan ..