Sunday, May 16, 2010

H1N1

Sabtu lepas kami ke klinik dr syed .. aisya demam the day before, dan batuk ..
Sabtu tu dengar mcm dah teruk batuknya walaupun demam dah surut.
Punya la lama menunggu, sejam setengah kot .. baru dapat jumpa doktor. Whezzing quite bad katanya, so kami kena bawa dia buat cotton swab dan test darah. Tunggu lagi untuk lab test result.
Bila test dah ready, jumpa balik doktor, hmm .. influenza A positif, darah pun quite pekat .. Biasa la, dr syed bagi home nebulizer .. dan tamiflu ..

Malam tu, batuk Aisya tak berkurang pun, nebulizer dah bagi sebelum tidur.
Jam 2 pagi, aku dikejutkan rengekan halus Aisya .. ingat kan dia kepanasan tak boleh tidur, atau merengek nakkan susu .. Rasa malas nak bangun, dengan harapan dia akan tertidur semula. Tapi, entah kenapa aku bangun juga .. Aku perhatikan dia, kelihatan nafasnya agak lemah, tersekat-sekat, dan agak pendek .. Ku ambil gas chamber, tapi begitu jelas kelihatan seperti kadang-kadang macam dia tak bernafas ..Apa lagi, aku pun panik .. bercucuran airmata ni ..

Lantas ku ajak suamiku ke hospital dengan segera .. Dia agak keberatan kerana sangkanya Aisya cuma mengantuk .. Tapi aku tetap memaksa ..

Kami terus ke KJMC .. sampai di hospital, Aisya ditahan .. Nafasnya nampak semakin pulih setelah diberikan nebulizer dan dimasukkan antibiotik ..
Itulah penangan H1N1 .. Siapa sangka Aisya yang cuma duduk di rumah paling mudah dijangkiti ..
Hari ini genap seminggu dia diserang .. Takkan ku lupa saat itu ..

Saturday, May 15, 2010

Facebooking

Facebook oh facebook !!

Hampir 20 tahun kami terpisah tanpa sebarang berita, tiba2 melalui facebook kami terjumpa kembali ..
Suka?
Keliru?
Yang mana satu ..

Suka sebab jumpa balik kawan2 lama masa sekolah dulu .. Masing2 ada yang dah berkeluarga, ada yang masih single, ada yang dah kembali single, ada yang dah jadi doktor, dan tidak kurang juga yang dah boleh berhenti kerja dan bergelar surirumah ..

Keliru bila jumpa kawan2 yang dulu pernah baik kemudian berubah kepada stranger .. Nak accept as a friend atau tidak? Ataupun yang dah accept, perlukan aku remove dari friendlist? Ada yang dah remove pun .. atas sebab2 yang munasabah ..

Rasanya facebook ni masih relevan dalam hidup seseorang. Ada rumahtangga yang makin kukuh disebabkannya dan ada juga yang runtuh kerananya ..

Apa pun, bagi aku, kita perlu sentiasa berhati2 ..
Dulu tujuan aku berfacebook memang semata2 sebab nak jumpa kembali kawan2 lama, tapi sekarang tujuannya kian berubah .. facebook ini lebih kepada networking ..

Wednesday, May 5, 2010

Mukadimah

Lama dah aku nak berblogging ni .. tapi tak pernah yang ada masa ..
siang kerja, balik dah lewat ..
hujung minggu pula kadang sibuk berfacial ..
itu lah kehidupan baru aku sejak hujung tahun lepas ..

dulu2 sibuk dengan kerja opis, tapi sekarang dah ditambah dengan bisnes mary kay .. penat jugak especially bila tiba2 rezeki melimpah ruah .. tapi masa sibuk berfacial, tak terasa pulak penatnya .. bila dah selesai, baru terasa lenguh kaki, lenguh rahang .. masa tu memang cik abang la orang yang paling diperlukan .. mintak tolong urut!! Nasib baik dia nak layan .. memang bertuah