Sunday, May 16, 2010

H1N1

Sabtu lepas kami ke klinik dr syed .. aisya demam the day before, dan batuk ..
Sabtu tu dengar mcm dah teruk batuknya walaupun demam dah surut.
Punya la lama menunggu, sejam setengah kot .. baru dapat jumpa doktor. Whezzing quite bad katanya, so kami kena bawa dia buat cotton swab dan test darah. Tunggu lagi untuk lab test result.
Bila test dah ready, jumpa balik doktor, hmm .. influenza A positif, darah pun quite pekat .. Biasa la, dr syed bagi home nebulizer .. dan tamiflu ..

Malam tu, batuk Aisya tak berkurang pun, nebulizer dah bagi sebelum tidur.
Jam 2 pagi, aku dikejutkan rengekan halus Aisya .. ingat kan dia kepanasan tak boleh tidur, atau merengek nakkan susu .. Rasa malas nak bangun, dengan harapan dia akan tertidur semula. Tapi, entah kenapa aku bangun juga .. Aku perhatikan dia, kelihatan nafasnya agak lemah, tersekat-sekat, dan agak pendek .. Ku ambil gas chamber, tapi begitu jelas kelihatan seperti kadang-kadang macam dia tak bernafas ..Apa lagi, aku pun panik .. bercucuran airmata ni ..

Lantas ku ajak suamiku ke hospital dengan segera .. Dia agak keberatan kerana sangkanya Aisya cuma mengantuk .. Tapi aku tetap memaksa ..

Kami terus ke KJMC .. sampai di hospital, Aisya ditahan .. Nafasnya nampak semakin pulih setelah diberikan nebulizer dan dimasukkan antibiotik ..
Itulah penangan H1N1 .. Siapa sangka Aisya yang cuma duduk di rumah paling mudah dijangkiti ..
Hari ini genap seminggu dia diserang .. Takkan ku lupa saat itu ..

No comments:

Post a Comment