Sunday, September 19, 2010

Open House Raya 2010

Semalam kak has telah ke open house kakak ipar di Kajang ..
Salah seorang yang telah hadir adalah sepupu kepada suami kak long yang juga rakan sepejabat kak has. Dia bukan lah kawan sekerja kak has pun, tapi dia selalu datang ke tempat jiran sebelah kak has .. Ye lah, kami ni bekerja di bahagian IT, semestinya ramai user yang minta report lah, data extraction lah, soalan itu lah, soalan ini lah ..
Suatu hari, suami kak has telah datang ke ofis kak has, dan kebetulan pula kami bertembung semasa hendak ke surau .. jadi kak has pun perkenalkan lah suami kak has dengan si dia ni ..

Nak dijadikan cerita, semalam kami bertembung pula di rumah kak long ..
Takkan kak has nak buat tak kenal pula kan .. Kak has dan suami pun tegur saja lah dia ..

Yang kak has terkilannya, kak has ada datang menegur si isterinya, at least kak has berbudi bahasa juga, tanya apa namanya .. tapi si isteri sedikitpun tak berminat untuk bertanyakan nama kak has .. si suami pun setahu kak has tak tahu pun nama kak has ..
Dalam hati kak has, terdetik juga, dari gerak gerinya dan cara percakapannya yang seolah-olah menjerit-jerit padahal kak has berdiri di sebelahnya saja, mungkin dia cemburu kot ..

Salahkah kalau kak has dan suami tunjukkan pada dia yang kami mengenali suaminya? Hairan juga .. Tak mungkin dia terfikir kak has berkawan dengan suaminya kot?

Itu lah kan .. kak has cuma nak tekankan di sini ..
Kalau ada wanita lain yang lebih bergaya dari anda .. ok, kalau anda sedikit pun tidak prihatin tentang ketrampilan anda, dengan pakaian yang tak begitu terurus (maaf ya, tak semestinya berpakaian mahal untuk tampak bergaya) dan dengan wajah yang langsung tiada secalit mekap pun (mekap pada kak has sekurang-kurangnya bedak dan lipstik) .. patutkah anda salahkan orang itu?

Pada kak has, menjaga kecantikan itu memang perlu, untuk keyakinan diri .. bukan semata-mata untuk ditayangkan pada orang lain ..

Tapi dengan peristiwa semalam, kak has betul-betul terkilan ..

No comments:

Post a Comment